Welcome!

Welcome!

Nov 3, 2011

MEMBINA MINDA POSITIF

1) Fikirkan yang positif sahaja

Sebagai contoh, jikalau ditimpa sedikit kerumitan atau masalah, tolong bertenang dan cari penyelesaian sebaiknya. Jangan menimbulkan kekalutan dalam diri awda kerana otak yang normal dapat berfikir secara waras apabila minda kita tenang. Kalau minda tengah memberontak macam mana idea yang menarik mampu terhasil. Kecuali lah awda memang suka buat benda kalut-kalut..


2) Berkata-Kata Yang Positif Sahaja

Ramai yang saya perhatikan suka sangat merendahkan kelebihan diri sendiri. Belum cuba lagi namun mulut sudah terkumat-kamit mengatakan aku tidak mampu buat itu dan ini. Padahal diri sendiri belum lagi mencuba. Tanamkan dalam diri yang awda mampu lakukan sesuatu. Perlakuan kita akan dituntun dengan minda yang kita telah setkan positif tadi. Jikalau ada katakan yang awda tidak mampu lakukan, mana mungkin awda mampu lakukannya.


3) Berada Dalam Kelompok Orang-Orang yang Positif

Tidak semua orang di dunia ini mempunyai minda serta pemikiran yang positif. Oleh sebab itu, awda carilah teman-teman atau kawan awda dari golongan orang yang positif serta memang mengetahui akan minat awda. Sebagai contoh jikalau awda seorang yang memang sukakan bidang perniagaan. Carilah orang-orang yang suka akan bidang yang sama. Secara tidak langsung ia akan turut menjadikan awda bermotivasi serta mempunyai mentor untuk mencapai impian awda itu.


4) Buangkan yang Negatif, Ambil Yang Positif

Dalam hidup kita ini memang akan ada sesuatu yang negatif serta positif. Kita memang kena akuinya. Namun kita perlulah sentiasa mengambil yang positif. Dalam kehidupan kita pun sentiasa dipenuhi dengan dua pemikiran yang berbeza ini. Sebagai contoh, awda berjalan-jalan dan tersepak batu lalu terjatuh. Minda yang negatif seraya berkata ” Cis! Celaka punya batu, ramai-ramai orang aku jugak yang kau jadikan mangsa ya”. Begitulah minda negatif. Namun jika kita cuba mempositifkan apa yang berlaku mungkin lebih menyenangkan. ” Ya Allah, terjatuh plak aku. Nasib baik aku yang terjatuh ni. Buang batu ni jauh-jauh. Nanti ada pula orang lain yang turut jadi mangsa”. Tengok macamana dua cara berfikir yang berbeza mampu dijana berdasarkan satu situasi yang sama. Kita boleh memilih untuk mengambil teknik fikiran yang mana. Pilihan yang tepat akan memastikan kita mendapat manfaatnya.


5) Fikirkan akan Kesudahan yang Baik

Dalam membuat sesuatu perkara semestinya kita inginkan kesudahan yang baik bukan? Jadi permulaan yang baik adalah memikirkan tentang kesudahan yang baik. Contohnya bila kita hendak memandu pulang ke rumah. Bayangkan isteri serta anak awda menyambut kepulangan awda dengan gembira. Semestinya awda akan dibimbing oleh minda yang positif untuk sampai di rumah. Cuba awda bayangkan yang si isteri menunggu awda dengan muka yang bengis dan penyapu di tangan. Semestinya awda pulang dengan perasaan gundah gulana dan tidak gembira.

No comments:

 

Creative Blog Design by | I, rz-dezign