Assalamualaikum dan salam buat semua.. Hari ani kediaku kalat mata berabis (kalah tahap gaban) masa di opis masa keraja tadi ah.. Palau bah otak kediaku masa dalam opis.. Inda lagi sadar baik kediaku punya usul.. Tapi baguna jua lakat orang kan kediaku walaupun kediaku punya usul lahib.. Hahahha.. Bukan apa, sebenarnya kediaku inda cukup tidur.. 3 jam ganya kediaku tidur.. Tapi siuk wah, walaupun 3 jam ganya tidur atu.. Apa yang siuk?? Tidur 3 jam?? Inda siuk nyamu mun inda cukup tidur.. Apa yang siuk, kediaku ketawa saja masa kemarin atu..
Ceritanya macam ani, selepas saja kediaku balik keraja dalam pukul 2.30pm atu, balik ke rumah kediaku kajap.. Lapas atu berjalan lagi kediaku sama kediaku punya adik ke rumah kediaku punya kawan ngambil "stock" untuk hari raya.. Macam inda faham saja biskita ah dengan perkataan "stock" atu.. ;p.. Lapas atu, selajur kami mengambil satay yang kediaku booking.. Lapas atu, (berapa banyak "lapas" jua eh.. Ujung-ujung telapas kediaku punya kantut.. Hahaha..) balik ke rumah kami..
Sejurus selepas atu, kediaku mandi sekajap.. Dalam pukul 4.45pm atu, berjalan tah kediaku dari kediaku punya rumah ke RTB.. Ngam pukul 5pm, sampai tah kediaku di RTB sambil menunggu dorg Diddy, Aliff, Addy, Bahrin, sama Zack.. Sesampainya dorg di RTB, kami pun chow ke Rimba pasal ada orang memanggil untuk menyungkaikan di sana.. Di bawah ani gambar yang kediaku sampat ambil..
Q' & Diddy (Zaty di belakang kami yang pakai jubah hitam yang inda kenampakan atu.. Hehehe..)
Aliff (Dengan jubahnya) & Q' (Nampak usul kediaku lalah ah..)
Diddy, Addy & anak buah Addy.. (Oppsss.. Salah!! Bukan anak buah Addy.. Inda kediaku tahu atu siapa.. Antara jemputan yang hadir jua tu.. Hehe.. Btw, senyum kediaku kalau meliat kanak-kanak atu.. Adui.. Hehe..)
Syukur alhamdulillah.. Nyaman-nyaman bah makanan yang di hidangkan ah.. Pais dagingnya pun nyaman.. Tapi yang kediaku paling suka, makan daging masak rendang kali tu.. Inda kediaku tau apa nama masakannya eh.. Yang penting, dagingnya nyaman.. Padas lagi tu.. Nyaman!!
Dalam pukul 7pm atu, selajur kami jalan ke RTB untuk merakam Drama Raya Fuyoo 2008.. Tapi sampat lagi kami ke SKH Kiulap sekajap untuk beli minuman.. Hehehe..
Selalunya, sebelum-sebelum ani, Drama Raya Fuyoo di jayakan oleh DJ-DJ Pelangi FM saja.. Tapi kali ani, ada yang kana jemput untuk belakun bersama.. Antaranya Bismi, Bahrin, Fiqah & Q'.. Siapa Q' ani kan?? Kediaku lah tu.. ;p..
Terima kasih buat Pelangi FM kerana memberi kami peluang untuk turut serta dalam Drama Raya Fuyoo buat kali ah.. Jangan jara.. Hahaha..
Sebenarnya, kediaku inda dapat focus 100% untuk belakun Drama Raya Fuyoo atu.. Iatah banyak intonasi sama skrip yang berterabur oleh kediaku.. Hehe.. InsyaAllah, semua drama yang kami lakunkan atu akan di pasang masa raya nanti.. Kalau drama yang kediaku lakunkan atu inda kana pasang, ertinya buruk tah cara kediaku melakunkan atu.. Ataupun, skripnya inda umph.. Quality atu penting bui.. Hehe..
Walau apa pun, kediaku cuba buat saja lah.. Kalau inda mencuba untuk di buat, sampai bila kan pandai kan.. Lebih baik mencuba daripada inda mencuba langsung kan.. Kediaku jadikan semua atu sebagai pengajaran dan peluang untuk memperbaiki diri lagi.. Thanks Pelangi FM.. Yang penting masa ani, jangan biskita lupa mendangarkan Pelangi FM ( 91.4FM / 91.0FM ).. Stesen No. 1 Awda..
Di sini jua, kediaku mau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada DJ-DJ Pelangi FM yang sudi berkawan sama kediaku.. (Kesian jua bunyinya.. Macam nada orang kan kawan sama kediaku.. Hahaha..) Siuk banar berkawan sama drog atu.. Bukan kan tumpang dorg punya popularity.. Kenapa siuk berkawan sama dorg, salah satu sebabnya, grenti kediaku ketawa basar kalau mendangar dorg cerita.. Walaupun kediaku mendangar dorg cerita saja, grenti kediaku ketawa tu.. (Macam orang gila kah kediaku ah?? Ada jua sikit-sikit kali ah.. Hahaha..) Yang penting, ada-ada saja kan di ketawakan kalau cerita sama dorg.. Thanks.. :)
Di bawah ani, antara gambar yang dapat kediaku curi dari Zack punya Multiply sama blog Diddy..
Zack, Addy, Diddy, Q', Aliff, Razi & Bahrin (Masa ani kami bernyasid.. Liat tangan kami.. Nyasid ala-ala bini-bini.. Hahahaha..)
Kompilasi gambar semasa kami di studio masa merakam Drama Raya Fuyoo 2008.. Antara yang ada dalam gambar ani: Aliff, Zaty, Zack, Addy, Diddy, Ryan, Razi, Fiqah, Bismi, Bahrin, & Q'..
(Source: Kediaku punya handphone, copy paste dari Zack punya Multiply at http://zackfikri.multiply.com/ sama Diddy punya blog at http://sukun914.blogspot.com/.. Thanks bros..)