Welcome!

Welcome!

Jul 5, 2009

CUTI TIME~..


MACAM-MACAM : LELAKI KHATAN SENDIRI GUNA PENGEPIT KUKU

LONDON: Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan selepas mengkhatankan dirinya sendiri menggunakan pengepit kuku.

Dia dibawa ke Hospital Lister di Stevenage, Hertfordshire. Luka pada kemaluannya terpaksa dibersihkan sebelum dimasukkan ke wad.

“Kami nasihatkan kepada lelaki jangan mencubanya. Hasilnya menakutkan dan selalunya memberi kesan kepada kemampuan seksual lelaki,” kata pakar perubatan.

“Menggunakan pengepit kuku menyebabkan kesakitan yang keterlaluan walaupun jika dia mabuk ketika melakukannya,” kata pakar perubatan. - Agensi.


Source : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Dunia/20090704060149/Article/index_html

ERM~..

CARTA KITANI – 5.07.09 (MINGGU KE-78)

1 – Maria – Kau Segalanya
2 – Dila P2F – Aku Milik Orang
3 – Fakhrul Razi – Damba

4 – Azeem Feat Feez Madea – Kasih Sayang
5 – Nash – Satu Untuk Ku


Carta berdasarkan kekerapan lagu di putarkan di Pelangi FM dan juga mengikut permintaan dari pendengar setiap minggu. Carta Kitani adalah untuk lagu-lagu artis Brunei Darussalam dan bersama awda setiap Ahad jam 1.30 petang di Pelangi FM.

CARTA PELANGI – 4.07.09 (MINGGU KE-364)

1 – Faizal Tahir – Bencinta
2 – Julian Idol - Lelaki
3 – Maria – Sesaat Kau Hadir Tarzan Boyz

4 – Stacy – Pakai Buang
5 – Wali Band – Cari Jodoh
6 – Titi Kamal Feat Anji – Resah Tanpa Mu
7 – Tarzan Boys – Tunggu Aku Di Syurga
8 – Kaer Azami – Bukan Kasih Ku
9 – Melly Goeslow Feat Amee – Ketika Cinta Bertasbih
10 – The Seeds – Cerita Aku Dan Dia
11 – Luna Maya Feat Didie – Suara Ku Berharap
12 – Ungu – Hampa Hati Ku

Pencalonan Lagu Baru Minggu Ini:
1 – The Lucky Laki – Bukan Superman

Awda boleh hantarkan undian awda dengan menaipkan 914 (jarak) carta (jarak) tajuk lagu atau nama artis yang awda suka kemudian hantarkan ke 888-55-55 & pengguna-pengguna B.Mobile hantarkan ke 99914. Awda boleh hantarkan seberapa banyak undian yang awda inginkan. Hantarkan sebelum 11 Julai 2009, jam 1 petang. Setiap SMS yang awda hantarkan bernilai 50 sen. Pastikan bersama CARTA PELANGI (MINGGU KE 365) pada 11 Julai 2009.

1.6 JUTA TEMPAH TIKET HADIRI PERINGATAN TERAKHIR JACKO

LOS ANGELES: Sejumlah 1.6 juta orang menempah tiket untuk menyaksikan majlis terakhir memperingati raja pop, Michael Jackson di bandar raya ini Selasa ini, selepas ia ditutup semalam.

Bagaimanapun, majoriti mereka akan kecewa kerana hanya 11,000 tiket diedarkan berikutan tempat yang terhad di Arena Staples Center, manakala 6,500 tiket lagi untuk menyaksikannya menerusi siaran langsung di sebuah lagi panggung di bandar raya ini.

Promoter konsert, AEG yang memiliki Staples Center dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya kini sedang meneliti kemungkinan tiket berkenaan dicetak semula menerusi komputer atau wujud penipuan.

AEG bercadang menghantar emel selepas jam 11 pagi (1800 GMT) ini kepada mereka yang bertuah memperoleh tiket berkenaan yang semuanya diberi percuma.

Penganjur berkenaan berkata, pihaknya akan memilih secara rawak 8,750 peminat yang bertuah dengan setiap pemenang memperoleh dua tiket.

Pihak penganjur bagaimanapun meminta orang ramai dan peminat raja pop itu supaya menyaksikan upacara itu menerusi televisyen. - AFP


Source : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Mutakhir/20090705105852/Article

KERANDA JACKSON BERSADUR EMAS

PEKERJA Staples Center membawa papan poster Jackson selepas sidang akhbar mengenai tiket majlis memperingati penyanyi itu.

Majlis pengebumian penyanyi digelar 'persembahan terhebat dunia'

LOS ANGELES: Ikon muzik pop, Michael Jackson, akan dikebumikan dalam keranda bersadur emas berharga AS$25,000 (RM87,500) dalam upacara pengebumian yang dijangka bertepatan dengan ramalannya sendiri sebagai pertunjukan paling hebat di dunia.

Keranda itu menggunakan reka bentuk yang jarang digunakan bergelar 'Promethean', dibuat daripada gangsa tulen tetapi disadur emas 14 karat, bercermin dan dihiasi baldu.

Ia ditempah kelmarin daripada Syarikat Keranda Batesville dan serupa dengan keranda yang digunakan untuk mengebumikan penyanyi James Brown pada 2006, menurut laporan laman web pertama yang menyiarkan berita kematian Raja Pop itu, TMZ.com.

Upacara mengingati Jackson akan diadakan Selasa ini di stadium bola keranjang LA Lakers, Staples Center, yang menjadi lokasi penyanyi itu membuat latihan untuk konsert kemunculan semula di Arena O2, dua hari sebelum meninggal dunia.

Stadium itu boleh memuatkan 20,000 orang dan keluarga penyanyi itu bercadang mengedarkan 11,000 tiket percuma kepada orang awam.

Skrin gergasi di luar stadium akan menyiarkan upacara di dalam kepada sekitar sejuta orang yang dijangka berhimpun untuk memberikan penghormatan bermula jam 10 pagi waktu tempatan.

Upacara turut menampilkan persembahan daripada lagenda muzik dan lakonan serta dibuka dengan perarakan haiwan sarkas termasuk harimau dan gajah.

Jurucakap sarkas berkata, upacara peringatan itu bakal menjadi 'pertunjukan paling hebat di dunia', ayat sama digunakan Jackson pada 2002 apabila ditanya mengenai upacara pengebumiannya.

Ketika itu Jackson menjawab: "Ia akan menjadi pertunjukan paling hebat di dunia. Itu yang saya mahukan. Bunga api dan semuanya."

Antara tetamu dunia hiburan yang dijangka hadir majlis memperingati itu termasuk Diana Ross, Elizabeth Taylor dan Paul McCartney.

Selepas majlis itu, upacara persendirian akan diadakan di tanah perkuburan Forest Lawn di Hollywood yang cuma dihadiri keluarga dan rakan rapat penyanyi itu. - Agensi


Source : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dunia/20090705063017/Article/index_html

500 JUTA MOHON HADIRI MAJLIS PERINGATI RAJA POP

PEMINAT Jackson dari Brazil menunjukkan tatu penyanyi itu di depan Staples Center, Los Angeles, kelmarin.

LOS ANGELES: Laman web memproses permohonan bagi menghadiri upacara memperingati raja pop Michael Jackson menerima lebih 500 juta permohonan dalam tempoh kurang dua jam.

Satu kenyataan dikeluarkan wakil bagi keluarga Jackson berkata, satu lagi enjin carian terpaksa ditambah di laman www.staplescenter.com, bagi mengendalikan permohonan.

"Sehingga jam 11.30 pagi ini, www.staplescenter.com menerima lebih 500 juta permohonan," kata kenyataan itu.

Laman web itu mula 'diserbu' dalam tempoh beberapa minit selepas pegawai mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan sistem loteri 'online' bagi 17,500 tiket percuma bagi menyaksikan upacara memperingati pemergian penyanyi itu di Staples Center dan satu lagi lokasi berhampiran di pinggir Los Angeles.

Jackson, 50, meninggal dunia 25 Jun lalu selepas mengalami masalah fungsi jantung terhenti di rumahnya di Los Angeles.

Sementara itu, peminat yang menuju ke Los Angeles untuk upacara itu digesa berpatah balik jika tidak mempunyai tiket yang diedarkan sistem loteri online itu.

Kematian Jackson secara mendadak, mengejutkan peminatnya di seluruh dunia, manakala beratus ribu lagi dijangka tiba di Los Angeles untuk upacara memperingati beliau, Selasa ini. - AFP



Source : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dunia/20090704234032/Article/index_html

SAYA AKAN BUKTIKAN NILAI SAYA 80 JUTA POUND : RONALDO

MADRID: Cristiano Ronaldo berkata dia akan membuktikan bahawa prestasinya setara dengan nilai yuran perpindahan dari Mancester United ke Real Madrid yang mencatat rekod dunia sebanyak 80 juta pound.

"Saya menghormati pendapat setiap orang mengenai saya tapi saya tidak setuju mereka yang mengkritik saya dengan mengaitkan yuran perpindahan ini," kata sayap Portugal itu kepada akhbar sukan Marca di sini, semalam.

"Jika Real Madrid membayar sejumlah wang yang banyak kerana mereka memerlukan saya, saya akan memberi nilai yang sepatutnya kepada kelab ini.

"Saya akan buktikan wang yang dilaburkan terhadap saya berbaloi," katanya.

Presiden Kelab Real Madrid, Florentino Perez, berkata Ronaldo dan pemain Brazil, Kaka, yang juga dibeli Real dari AC Milan sekitar 67 juta Euro ($AS93.93 juta), adalah sebagai pembelian utama untuk 'projek baru' kelab itu.

Penyerang Perancis, Karim Benzema dan pertahanan Sepanyol, Raul Albiol juga akan dibawa masuk ke Real dengan membabitkan pelaburan sekitar 215 juta Euro, menyebabkan ia dikritik hebat oleh Presiden UEFA, Michel Platini.

"Saya fikir ia nilai yang berpatutan. Jika Real dan Manchester bersetuju denga jumlah ini, tiada apa yang boleh saya katakan mengenainya," kata Ronaldo.

"Jika anda mahukan seorang pemain bola sepak yang hebat, anda terpaksa melabur untuknya.

"Saya gembira kerana menjadi pemain termahal di dunia," katanya. - Reuters

Source : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Mutakhir/20090705075748/Article/index_html

HAPPY BELATED BIRTHDAY SIMAH

Happy belated birthday untuk Simah (Addy's cuzn) on 2nd July 09.. 1 day after kediaku hari jadi.. Hehe.. Simah ani memang sempoi ni.. Hahahaha.. Beibun saja kalau lepak sama ia ani.. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu, dan yang baik akan berterusan & bertambah2 lagi.. Amin.. Bila lanja kediaku?? Hehehe.. Happy belated birthday ya.. ;)..

Source : http://fahmi705.blogspot.com/2009/07/happy-birthday_03.html

PELANGI's AOTM - JULY '09

Congratz De Epitome.. Pelangi's Artist Of The Month bagi bulan Julai 2009.. Tahniah.. Semoga lebih maju lagi.. Amin.. =)..

Source : http://digintodeepitome.blogspot.com/
 

Creative Blog Design by | I, rz-dezign