Welcome!

Welcome!

Jun 30, 2009

KELUARGA BINCANG PENGEBUMIAN RAJA POP

Spekulasi Michael dikebumi secara Islam

LOS ANGELES: Keluarga Michael Jackson berhimpun semalam untuk membincangkan pengebumian Raja Pop itu, dengan spekulasi dalam internet menyatakan ia mungkin diadakan secara Islam.

Abang Michael, Tito Jackson berkata beliau dengan beberapa anggota keluarga sedang menimbangkan sama ada untuk mengadakannya secara awam atau satu upacara persendirian.

Menurut TMZ.com, laman web yang menjadi organisasi berita pertama melaporkan kematian Michael Khamis lalu (pagi Jumaat waktu Malaysia), keluarga Raja Pop itu berhimpun semalam dan sumber berkata satu pengumuman mengenai pengebumian penyanyi itu akan dibuat awal minggu ini.

Upacara pengebumian Michael jika diadakan secara awam dijangka menjadi terbesar dalam sejarah industri hiburan dengan menarik kehadiran ribuan orang termasuk selebriti terkenal.

Ramai menjangka upacara itu akan membayangkan pengebumian Elvis Presley pada 1977 dan akan mencetuskan luahan emosi seperti pengebumian Puteri Diana pada 1997.

Berpuluh selebriti dijangka menghadirinya termasuk Sir Paul McCartney, Madonna, Sir Elton John dan Elizabeth Taylor.

Upacara itu akan disiarkan secara langsung dan liputan turut dibuat oleh laman web.

Sementara itu, ada laman web menjangkakan upacara akan diadakan secara Islam, berikutan laporan yang menyatakan Michael memeluk agama itu di Los Angeles, November tahun lalu.

Abangnya, Jermaine yang memeluk Islam pada 1989, dijangka memainkan peranan utama jika keluarga Jakson memutuskan upacara pengebumian itu secara Islam.

Penyanyi kontroversi berusia 50 tahun itu mengalami masalah jantung terhenti ketika di rumah tengah hari Khamis (waktu Los Angeles) dan doktor peribadi cuba menyedarkannya tetapi gagal. - Agensi.

Source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Dunia/20090629011246/Article/index_html

IBU MICHEAL JACKSON PEROLEH HAK SEMENTARA NEVERLAND

LOS ANGELES: Ibu Michael Jackson, Katherine Jackson, 79, diberi hak penjagaan sementara estet kediamannya, termasuk Neverland serta hak terhadap lagu nyanyian The Beatles.

Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles, Mitchell Beckloff berkata, Katherine berkuasa mentadbir estet Michael sehingga perbicaraan kes itu pada 6 Julai ini bagi membolehkan lebih banyak keputusan dibuat.

Hakim itu juga sebelum itu memberi hak penjagaan sementara terhadap tiga anak Raja Pop itu kepada Katherine.

Sehingga kini, beberapa laporan bercanggah mengenai sama ada Michael ada meninggalkan wasiat.

Keluarga Jackson tidak menyertakan wasiat sebagai dokumen mahkamah tetapi seorang dari peguam Michael memberitahu ada satu wasiat yang ditinggalkan penyanyi itu. - AFP

Source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20090630091915/Article

MENGHITUNG JAM

Beberapa jam lagi lah.. Alhamdulillah.. =)..
 

Creative Blog Design by | I, rz-dezign