Welcome!

Welcome!

Jul 1, 2009

PENGEBUMIAN BELUM DIRANCANG

MICHAEL Jackson berlatih di Staples Centre, Los Angeles untuk konsert di London, dua hari sebelum kematiannya. Gambar kecil menunjukkan ibu bapanya, Katherine (atas) dan Joe, belum membuat rancangan mengebumikan penghibur terkenal itu kerana menunggu keputusan bedah siasat kedua yang dijalankan pihak persendirian.

Keluarga Michael Jackson tunggu keputusan laporan bedah siasat kedua

LOS ANGELES: Keluarga penyanyi, Michael Jackson belum membuat rancangan mengebumikan penghibur terkenal Amerika Syarikat itu sekalipun sudah empat hari berlalu sejak kematiannya kerana menunggu keputusan bedah siasat kedua yang dijalankan pihak persendirian.

Laporan awal menyatakan Jackson meninggal dunia kerana serangan jantung tetapi bapa penyanyi itu, Joe Jackson, berkata keluarganya masih menunggu keputusan bedah siasat itu yang dijangkakan 'tidak lama lagi.'

"Kami tidak menetapkan tempoh (untuk pengebumian) kerana saya mahu melihat hasil bedah siasat kedua," kata Joe selepas anggota keluarganya berbincang di kediamannya, di sini.

Selain itu, keraguan mengenai punca kematiannya timbul semula selepas laman web selebriti, TMZ.com, melaporkan pegawai pejabat koroner Los Angeles memeriksa semula kediaman penyanyi itu bagi mencari lebih banyak ubat.

Spekulasi mengenai punca jantung Jackson berhenti berfungsi tertumpu kepada penggunaan dadah tetapi ujian makmal memerlukan beberapa minggu lagi.

Sementara itu, ibu Jackson, Katherine diberi hak jagaan sementara kepada anak penyanyi itu selain kawalan terhadap hartanahnya ketika perebutan terhadap anak, wang dan harta benda Jack-son bermula.

Peguam, L Londell McMillan, yang berkata beliau adalah penasihat undang-undang Katherine, mengeluarkan kenyataan lewat kel-marin yang menyatakan keluarga berkenaan gembira dengan keputusan hakim.

Satu lagi soalan yang belum terjawab ialah sama ada Jackson sudah menulis wasiatnya sebelum beliau mati.

Hakim mahkamah tinggi Los Angeles memberi hak jagaan sementara kepada Katherine untuk Prince Michael, 12; Paris Katherine, 11, dan Prince Michael II, 7, sehingga sesi perbicaraan diadakan minggu depan.

Katherine juga dinamakan sebagai 'pentadbir khas' hartanah anak lelakinya sehingga mesyuarat khas minggu depan bagi anaknya 6 Julai depan.

Tetapi, hakim juga menetapkan supaya Katherine tidak mengambil sebarang wang atau hartanah Jackson tanpa keizinan mahkamah. – Reuters

Source : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Dunia/20090630234949/Article/index_html

TERIMA KASIH

Thanks alot people.. Banyak greeting yang kediaku terima masa hari jadi kediaku ani.. Tq tq tq.. Kediaku received dari SMS, Friendster, FaceBook, Radio, Blog, direct pun ada jua.. Tq so much.. I really appreciate it.. Di bawah ani, 3 SMS terawal yang kediaku terima..

1. Happy birthday bro
- Daripada SAM

2. Dgn Penuh hormat dan rasa kecomelan yg melampau saya ingin mengucapkan selamat hari jadi. Selamat tinggal zaman remaja.. Haha moga murah rezki and capat dpt jodoh..
- Daripada Aliff 914FM

3. Happy birthday to Bro Q'
- Daripada Addy 914FM

Terima kasih untuk biskita semua.. Tq so much ya.. Semoga hidup kitani semua di berkati oleh Allah sentiasa.. Amin.. =)..
 

Creative Blog Design by | I, rz-dezign