Welcome!

Welcome!

Mar 23, 2009

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan: Kenapa menangis?
Amin: Saya datang untuk ujian darah.
Shan: Awak takut ke?
Amin: Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin: Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan: Saya datang untuk ujian air kencing...

MATA

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: "Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu," jawab doktor.
"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

ORANG ASLI & POLIS

Orang Asli: Selamat pagi tuan
Polis: Selamat pagi
Polis: Apa hal?
Orang Asli: Saya nak buat repot tuan
Polis: Pasal apa tu
Orang Asli: Kawan saya di baham harimau
Polis: Pukul berapa?
Orang Asli: Dia tak pukul, terkam
Polis: Habis?
Orang Asli: Tak habis, tinggal kepala

MENGHANTAR SURAT

Seorang posmen yang datang menghantar surat.

Posmen: "Assalamualaikum"
Sameon: "Walaikumsalam"
Posmen: "Ni rumah encik Sameon ye?"
Sameon: "Ya saya"
Posmen: "Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni"
Sameon: "Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

TOK BATIN

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin: Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja?
Tok Batin: Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin: ??

NAIK MOTO

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

PUTUS TUNANG

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka..

Farid: Mengapa??
Siti: Saya dah bosan ngan awak.. Saya dah ada teman baru.. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya..
Farid: Ok.. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak.. Nanti awak pilihlah sendiri.. Yang selebihnya kembalikan kepada saya..
Siti: Erkkkkkk... Benci...

DERMA

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu..

Budak: Derma apa bang??
Lelaki: Derma untuk rumah orang-orang tua.. Adik ada apa-apa untuk didermakan??
Budak: Nanti jap.. Saya ambilkan atuk saya..
Lelaki: ??

DERMA

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.. Derma untuk rumah orang-orang tua.. Seorang budak pun membuka pintu..

Budak: Derma apa bang??
Lelaki: Derma untuk rumah orang-orang tua.. Adik ada apa-apa untuk didermakan??
Budak: Nanti jap.. Saya ambilkan atuk saya..
Lelaki: ??

SUAMI & ISTERI

Suami : Kenapa Sayang menangis??
Isteri: Saya telah baca sebuah buku.. Sad endinglah bang..
Suami: Buku apa??
Isteri: Buku bank abanglah..
 

Creative Blog Design by | I, rz-dezign