Welcome!

Welcome!

Jul 2, 2009

ALHAMDULILLAH

Cake 1

Cake 2

Wow.. I very the like.. Hehe.. Syukur alhamdulillah.. Kelmarin kediaku menyambut kediaku punya hari jadi.. Syukur alhamdulillah.. Ofcourse ada hadiah yang kediaku terima.. Thanks to my family yang bagi kediaku hadiah.. Thanks jua arah kediaku punya keluarga angkat, Addy's family yang bagi kediaku hadiah.. Addy ada bagi kediaku hadiah jua.. Thanks alot people.. Kediaku suka sangat dengan hadiah-hadiah biskita.. Hehehe.. Semoga biskita semua di murahkan rezeki.. Kediaku suka berabis semua hadiah yang kediaku kana bagi atu.. I like!! Thanks people.. =).. Btw, di atas atu, kediaku punya birthday cakes.. I very the like.. Hehehe.. Btw, terima kasih untuk Amylea yang sudi memprintkan paper sugar untuk gambar kediaku.. Selalunya, dalam 2 hari paper sugar atu baru siap, tapi alhamdulillah, Amylea dapat buat sugar paper atu dalam sehari saja.. Thanks alot.. Kalau biskita kan mau cake macam kediaku atu, biskita boleh contact Amylea (Lyl Enterprise) 8666715 / 2670029 atau biskita boleh e-mail arah edibleimage@hotmail.com.. Aight.. Thanks people..

WOW~

NASIHAT KESIHATAN

- Tangguhkan perjalanan ke luar negara, kecuali jika perlu.

- Mengurangkan kursus dan mesyuarat di luar negeri.

- Jika sakit semasa di luar negeri, dapatkan pemeriksaan kesihatan dan tangguhkan perjalanan balik ke Negara Brunei Darussalam.

- Jika sakit selepas kembali ke Negara Brunei Darussalam , dapatkan pemeriksaan kesihatan dengan segera.

- Kurangkan interaksi sosial sekurang-kurangnya 7 hari selepas kembali dari negari-negeri terjejas.


Source : http://www.moh.gov.bn/

HOW TO PROTECT YOURSELF & OTHERS

DIANA ROSS TURUT DINAMAKAN DALAM WASIAT JACKO

LOS ANGELES:
Kejutan berlaku apabila Michael Jackson bukan saja menamakan ibunya sebagai penjaga anak-anaknya dalam surat wasiat malah penyanyi legenda, Diana Ross sebagai penama kedua.

Perkara itu terdedah selepas surat wasiat lima muka surat yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles, dikemukakan di mahkamah semalam.

Ia juga menyebut pembahagian harta untuk Ross, 50, perlu ditinggalkan dalam Amanah Keluarga Michael Jackson.

Surat wasiat itu didaftarkan pada 2002 juga menyebut nilai harta Michael berjumlah lebih AS500 juta tetapi tidak jelas bagaimana angka penilaian itu dibuat.

Michael bagaimanapun dipercayai berdepan dengan masalah hutang yang bertimbun menjelang kematiannya.

Dalam surat wasiat itu, ibu Michael, Katherine Jackson dinamakan sebagai penjaga tiga anaknya manakala Ross, 65 dinamakan sebagai pengganti Katherine sekiranya emaknya meninggal dunia terlebih dulu.

Tiga rakan rapat Michael, peguam John Branca, eksekutif muzik, John McClain dan akauntan Barry Siegel — dinamakan sebagai pelaksana bersama wasiat itu.

Bagaimanapun, bapanya, Joe tidak langsung disebut dalam wasiat serta nama bekas isterinya, Debbie Rowe.

“Saya secara sengaja tidak memasukkan apa-apa hak untuk bekas isteri saya, Deborah Jean Rowe Jackson dalam wasiat ini,” kata Michael dalam wasiat bertarikh 7 Julai 2002 itu.

“Jika saya meninggal, hak penjagaan anak-anak saya diserahkan kepada emak saya, Katherine Jackson, Jika Katherine Jackson gagal atau tidak mahu menerima tanggungjawab itu, saya menamakan Diana Ross sebagai penjaga," katanya.

Isnin lalu, mahkamah membuat keputusan Katherine sebagai penjaga sementara tiga anak Michael - Prince Michael, 12, Paris, 11, dan Prince Michael II, 7. - AFP


Source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090702082440/Article/index_html
 

Creative Blog Design by | I, rz-dezign