Welcome!

Welcome!

Jul 5, 2009

500 JUTA MOHON HADIRI MAJLIS PERINGATI RAJA POP

PEMINAT Jackson dari Brazil menunjukkan tatu penyanyi itu di depan Staples Center, Los Angeles, kelmarin.

LOS ANGELES: Laman web memproses permohonan bagi menghadiri upacara memperingati raja pop Michael Jackson menerima lebih 500 juta permohonan dalam tempoh kurang dua jam.

Satu kenyataan dikeluarkan wakil bagi keluarga Jackson berkata, satu lagi enjin carian terpaksa ditambah di laman www.staplescenter.com, bagi mengendalikan permohonan.

"Sehingga jam 11.30 pagi ini, www.staplescenter.com menerima lebih 500 juta permohonan," kata kenyataan itu.

Laman web itu mula 'diserbu' dalam tempoh beberapa minit selepas pegawai mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan sistem loteri 'online' bagi 17,500 tiket percuma bagi menyaksikan upacara memperingati pemergian penyanyi itu di Staples Center dan satu lagi lokasi berhampiran di pinggir Los Angeles.

Jackson, 50, meninggal dunia 25 Jun lalu selepas mengalami masalah fungsi jantung terhenti di rumahnya di Los Angeles.

Sementara itu, peminat yang menuju ke Los Angeles untuk upacara itu digesa berpatah balik jika tidak mempunyai tiket yang diedarkan sistem loteri online itu.

Kematian Jackson secara mendadak, mengejutkan peminatnya di seluruh dunia, manakala beratus ribu lagi dijangka tiba di Los Angeles untuk upacara memperingati beliau, Selasa ini. - AFP



Source : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dunia/20090704234032/Article/index_html

No comments:

 

Creative Blog Design by | I, rz-dezign